Dec 01

Pada 27hb November 2008 hingga 28hb November 2008, seramai 30 orang kakitangan MRSM Beseri telah membuat lawatan Benchmark ke MRSM Pontian dan MRSM Muar.

written by admin

Dec 01

Assalamualaikum.

Dukacita dimaklumkan En. Azelan Bin Bon ( Pembantu Am Pejabat - Sebelum ini Tukang Masak Dewan Selera MRSM Beseri ) telah kembali ke rahmatullah pada 30 November 2008 (Ahad) bersamaan 2 Zulhijjah 1429H pada jam 12.40 tengah hari.

Jenazah tiba di rumahnya pada jam 2.00 ptg dan dikebumikan selepas waktu Asar di alamat berikut :

Batu 1 1/2 Kg Baru,

01000 Kangar,

Perlis

Al-Fatihah.

written by admin

Oct 24

Pihak pengurusan akan mengadakan Majlis Anugerah Kualiti MRSM Beseri, pada hari Jumaat, 07 November 2008. Majlis akan diadakan di Dewan Tuanku Syed Putra MRSM Beseri.

Majlis diadakan bagi menghargai  setiap warga maktab khusus kepada Guru dan Staf di atas komitmen yang telah diberikan kepada maktab.

Hari Q merupakan satu lambang yang menunjukkan komitmen warga kerja dalam memastikan semua kerja yang dihasilkan adalah berkualiti tinggi serta memenuhi kehendak pelanggan.

“Warga Kerja Cemerlang, Maktab Gemilang” 

written by admin

Oct 24

Pihak Maktab Rendah Sains MARA Beseri akan mengadakan Majlis Graduasi Kali Ke-23 pada hari Sabtu, 1 November 2008 bertempat di Dewan Tuanku Syed Putra. Majlis akan dihadiri tetamu kehormat iaitu Ahli Parlimen Padang Besar, Dato’ Seri Azmi Bin Khalid serta isteri Datin Seri Normala Binti Shamsudin. Moga majlis yang akan diadakan ini memberi semangat yang lebih tinggi buat graduan untuk mendapatkan keputusan yang cemerlang pada peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia 2008. 

written by admin